 | Welcome | Dec 23, 2005 |
Akademi al-Quran musim ketiga (AQ3) akan bermula tidak berapa lama lagi dan kini proses pencarian para pesertanya sedang berlangung. Kali ini sembilan lokasi disediakan untuk mereka yang berminat untuk menyertai AQ3. Abdullah Fahmi Che Nor dan Anuar Hasin adalah juara Akademi al-Quran untuk musim pertama dan kedua. Jika anda ingin mengikut jejak langkah mereka pergi ke sesi uji bakat yang terdekat. Lokasi uji bakat Akademi al-Quran musim ketiga adalah .... baca seterusnya.  Sharlinie Mohd. Nashar, 5, dilaporkan hilang ketika bermain bersama kakaknya di padang permainan yang terletak kira-kira 200 meter dari rumahnya di No. 29, Jalan PJS2C/11N, Taman Medan, Petaling Jaya.Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed berkata, mangsa diculik kira-kira pukul 11.30 pagi. Ketika itu mangsa sedang leka bermain bersama kakaknya, Sharliena yang berusia lapan tahun.Menurut beliau, ketika hilang, mangsa yang mempunyai tiga adik-beradik memakai baju-T dan skirt berwarna biru muda serta selipar warna merah jambu.Sesiapa sahaja yang mempunyai maklumat berkaitan kes Sharlinie ini boleh menghubungi mana-mana balai polis yang berhampiran atau bapa Sharlinie, Mohd Nashar 016-270 9096 / 016-258 3450 atau Balai Polis Daerah Petaling 03-7966 2222 atau Polis 999. Baca seterusnya... Lakaran imej seorang lelaki dan seorang wanita, kedua-duanya penduduk tempatan, diedarkan oleh polis bagi siasatan kes penculikan dan pembunuhan Nurin Jazlin Jazimin. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Persekutuan Datuk Christopher Wan Soo Kee berkata lakaran imej dihasilkan selepas menerima maklumat daripada orang ramai. “Kedua-duanya boleh membantu siasatan kes ini,” katanya di Bukit Aman hari ini …. baca seterusnya. Lima, termasuk seorang wanita, diberkas bagi menyiasat kes pembunuhan kejam Nurin Jazlin Jazimin. Satu pasukan polis dari Petaling Jaya dan Selangor menahan mereka, berusia antara 27 hingga 33, di beberapa lokasi di Seksyen 7 di sini menjelang tengah malam tadi. Difahamkan seorang daripada mereka, lelaki dalam lingkungan 30-an, mempunyai rekod jenayah termasuk serangan seksual di sini dan beberapa negeri …. baca seterusnya.  | Azhad | Sep 28, '07 9:19 AM for everyone |
Semua sudah tahu tentang apa yang telah menimpa Nurin Jazlin Jazimin. Betapa peritnya penderitaan seorang kanak-kanak berumur 8 tahun diseksa sebegitu rupa. Begitu juga dengan kehidupan yang terpaksa dihadapi oleh keluarga arwah selepas ini, hanya mereka sahaja yang tahu …. baca seterusnya. Penantian hampir sebulan dan persoalan tentang tanda tanya misteri kehilangan seorang kanak-kanak berumur 8 tahun, Nurin Jazlin telah pun berakhir dan terjawab. Pihak polis telah mengesahkan bahawa mayat kanak-kanak yang dijumpai dalam sebuah beg itu adalah Nurin Jazlin berdasarkan keputusan ujian DNA …. baca seterusnya. Sebulan yang lalu pada 20 Ogos 2007 N urin Jazlin Jazimin, 8 tahun telah berjalan kaki seorang diri ke pasar malam di Seksyen Satu, Wangsa Maju yang terletak kira-kira 100 meter dari rumahnya di No. 206 Blok D10, Seksyen 1, Wangsa Maju untuk membeli makanan kegemarannya, burger. Sehingga ke hari ini, Nurin belum lagi pulang ke rumah …. baca seterusnya. Dah hampir setahun tiada cerita baru di sini. Sebenarnya bukan aku menyepi diri cuma buat masa ini aku hanya mengemaskini laman blog aku di Nukilan Jejari Azhad sahaja. Jika hendak membaca penulisan terkini sila kunjungi blog tersebut di http://blog.azhad.com/. Selepas ini aku akan cuba mengemaskini laman multiply ini juga untuk kemudahan pengguna-penguna multiply.  | SPM | Nov 13, '06 10:11 AM for everyone |
Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Pelajaran
Malaysia (STPM) bagi ujian bertulis tahun 2006 akan bermula pada 14
November dan berakhir pada 8 Disember ...... baca seterusnya.
Bulan
Ramadhan tahun ini sudah separuh berlalu dan akan beralih ke bulan
Syawal pula tidak lama lagi. Persiapan Aidil Fitri juga sudah semakin
rancak dan dapat disaksikan dengan bertambahnya orang mengunjungi
kedai-kedai dan pusat membelibelah. Sebahagian daripada kita pula tidak
leka tetapi terus meningkatkan amal ibadat di bulan mulia yang mulia
ini .... baca seterusnya.
 | PMR | Oct 2, '06 10:09 PM for everyone |
Peperiksaan bertulis PMR atau Penilaian Menengah Rendah bermula dari 2
Oktober hingga 6 Oktober 2006 ini. Seramai 448,328 orang calon
mengambil peperiksaan ini pada tahun ini. Mtapelajaran yang terlibat
ialah Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sejarah, Geografi, Matematik,
Sains, Kemahiran Hidup dan Pendidikan Islam .... baca seterusnya.
masjid wilayah Hosted on ZooomrSekali
lagi Ramadhan tiba dan selama sebulan ini kita umat Islam akan berpuasa
dan beribadat. Puasa adalah satu daripada rukun Islam ini bukan sahaja
terhad menahan diri daripada makan dan minum tetapi lebih luas lagi. Di
kalangan yang berpuasa mungkin tahun ini merupakan pertama kali mula
belajar berpuasa khususnya kanak-kanak dan yang baru memeluk agama
Islam ... baca seterusnya.
Semakin hari semakin banyak kenderaan di jalanraya, ini boleh dilihat
ketika waktu puncak setiap pagi dan petang. Pengangkutan awam juga
penuh sesak dengan para penumpang. Maka tidak hairanlah jika sekarang
ini semakin banyak berlaku kemalangan jalanraya. Aku sendiri baru-baru
ini nyaris melanggar seorang pemandu motosikal yang jatuh di hadapan
keretaku ..... baca seterusnya.
 | UPSR | Sep 4, '06 7:14 PM for everyone |
UPSR merupakan peperiksaan utama yang pertama dilalui oleh para pelajar
dalam sistem pendidikan di Malaysia. Dahulu peperiksaan ini dijalankan
semasa darjah lima tetapi kini telah diubah semasa darjah enam, tahun
terakhir di sekolah rendah. Pencapaian terbaik dalam peperiksaan ini
ialah 5A ... baca seterusnya.
 | Merdeka | Aug 31, '06 9:42 PM for everyone |
 Pada
31 Ogos 1957 Tanah Melayu telah menerima pengisytiharan kemerdekaannya
pada detik pertama pukul 12.00 tengah malam di Padang Kelab Selangor,
Kuala Lumpur. Pada 16 September 1963 kelahiran negara baru MALAYSIA
yang terdiri daripada gabungan Persekutuan Tanah Melayu, Singapura,
Sabah dan Sarawak telah diisytiharkan ... baca seterusnya.
Tanggal 28 Ogos 2006 merupakan satu lipatan sejarah dalam saingan di
antara beberapa stesen televisyen di Malaysia. Media Prima yang
menaungi TV3, NTV7, 8TV dan TV9 telah dicabar oleh kerjasama ASTRO dan
RTM dalam meraih jumlah penonton. TV3 telah menyiarkan secara langsung
persandingan Siti Datuk K dan di waktu yang sama Astro Ria dan RTM1
juga secara langsung menyajikan rancangan temubual Mawi Ina... baca seterusnya.
 | Guestbook | |
 |
azhad wrote on Dec 2, '07 |
 |
salamss..bnyk maklumat bgs la... care about masalah semasa (~_@) |
 |
azhad wrote on Sep 24, '07 Terima kasih kerana memberi artikel ini. Jika tidak saya memang tidak mengetahuinya sebab memang tidak membaca akhbar Metro. Di rumah hanya ada Berita Harian. Terima kasih. |
 |
Kisah bunuh atasi pertunangan Erra Oleh ZAINUDDIN ZAIN zainuddin@hmetro.com.my
KUALA LUMPUR: Tragedi yang menimpa Nurin Jazlin Jazimin, 8, mendapat perhatian masyarakat apabila sebanyak 25,900 pencarian (hits) di atas nama mangsa di laman web antarabangsa, Yahoo!, termasuk satu blog khas menggunakan namanya, iaitu nurinjazlin@blogspot.com.
Pencarian di atas nama mangsa itu jauh lebih tinggi daripada perkembangan semasa lain, termasuk pertunangan Erra Fazira yang hanya mencatat 2,270 pencarian, manakala isu klip video seorang peguam berbual dengan hakim kanan mengenai pelantikan Ketua Hakim Negara yang ‘dicanangkan’ pembangkang pula hanya 98 pencarian.
Tinjauan mendapati, kebanyakan pengendali blog, tanpa mengira usia, agama, bangsa dan pegangan politik di negara ini yang sebelum ini menguar-uarkan kehilangan Nurin Jazlin, beralih kepada perbincangan punca manusia boleh menjadi begitu kejam hingga sanggup bertindak sedemikian ke atas seorang kanak-kanak yang lemah seperti mangsa.
Malah, ada pengendali blog kelihatan terlalu sedih sehingga tidak dapat menerima kenyataan yang kanak-kanak ditemui mati di dalam beg itu adalah Nurin Jazlin sekalipun disahkan ibu bapa mangsa, dengan membangkit pelbagai persoalan.
Pengendali blog, Mahaguru58, sebagai contoh di dalam artikelnya masih berdoa mayat berkenaan bukan Nurin Jazlin berikutan laporan media sebelum ini yang mayat itu disyaki kanak-kanak warga asing, gigi dan rambut yang tidak sama serta ketiadaan suntikan BCG.
Blog Ahli Parlimen Batu Gajah, Fong Po Kuan, yang membicarakan topik Nurin Jazlin mendapati ramai pelayar blog itu bukan saja melahirkan rasa simpati, tetapi geram dan marah dengan kekejaman yang dilakukan ke atas mangsa yang baru berusia lapan tahun.
Pengendali blog PI’s Twist, Jejari Azhad, Azwan Hadzree, Parent Wonder memuatkan artikel khas mengenai kes Nuri Jazlin. Malah, pengendali laman web masakan dan pakaian, Pesona Batik turut memuatkan artikel yang bersimpati dengan nasib Nurin Jazlin.
Ruangan forum di kebanyakan blog dan laman web di negara ini turut membicarakan kes Nurin Jazlin, dengan kebanyakan orang yang memberi maklum balas meminta pihak berkuasa bertindak segera menahan manusia bertopengkan syaitan yang menyeksa mangsa sehingga meninggal dunia.
“Tiada keampunan untuk manusia jenis ini (pembunuh) di dunia dan akhirat. Semoga dia menjadi ahli neraka selama-lamanya,” kata seorang peserta forum.
|
| |