Azhad @ Multiply

Blog EntryNurin JazlinSep 19, '07 11:47 PM
for everyone
Sebulan yang lalu pada 20 Ogos 2007 Nurin Jazlin Jazimin, 8 tahun telah berjalan kaki seorang diri ke pasar malam di Seksyen Satu, Wangsa Maju yang terletak kira-kira 100 meter dari rumahnya di No. 206 Blok D10, Seksyen 1, Wangsa Maju untuk membeli makanan kegemarannya, burger. Sehingga ke hari ini, Nurin belum lagi pulang ke rumah …. baca seterusnya.

laurashley78 wrote on Sep 20, '07, edited on Sep 20, '07
Al-Fatihah.
Artikel yang di petik dari bernama.
***********************************************************************************************************************

PETALING JAYA: Polis hari ini mengesahkan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) ke atas mayat kanak-kanak perempuan yang ditemui dalam sebuah beg sukan di Petaling Jaya Utama Isnin lepas adalah Nurin Jazlin Jazimin, 8, yang hilang sejak sebulan lepas.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Arjunaidi Mohamed berkata ujian darah ke atas mayat dan juga ibu bapa Nurin Jazlin mengesahkan hubungan antara kedua-dua pihak.
Katanya, ibu bapa Nurin Jazlin telah dimaklumkan tengah hari ini mengenai keputusan DNA itu.
Nurin Jazlin, pelajar tahun dua Sekolah Rendah Kebangsaan Desa Setapak dilaporkan hilang pada 20 Ogos setelah keluar bersendirian untuk ke pasar malam yang berhampiran rumahnya di Seksyen 1, Wangsa Maju di sini. Mayat budak perempuan yang tidak berbaju yang dipercayai menjadi mangsa deraan seks ditemui oleh pemilik lot kedai di Jalan PJS 1 pada pagi Isnin lepas - BERNAMA
azhad wrote on Sep 22, '07
Al-Fatihah.....
Add a Comment
   
© 2008 Multiply, Inc.    About · Blog · Terms · Privacy · Corp Info · Contact Us · Help